Saturday, November 24, 2012

::Sesi Outdoor Majlis Bertandang..

Yes, finally kita sampai ke last part of my sweet moment in my life.  Sesi outdoor majlis bertandang ni iolss pilih Mengkuang Damn.  Sebab apa? Sebab time bercinta dulu every weekend iolss dating kat sini. Dating kami ialah berjoging okeh.  Kami mengamalkan percintaan yang sihat gitew... hewhew...

Time berjoging dulu seronok tengok ramai pengantin datang outdoor kat sini.  Terus cakap kat Zery, "sayang nanti kawin kita outdoor kat sini tau".  Zery cakap " ok jer, cantik jugak".  Yeaaaaaa, hepi okeh.  Now, apa yang diidamkan jadi kenyataan.  

Kitorang datang dalam pukul 5 lebih centu la.  Time ceni ramai orang datang berjoging, beriadah dengan family.  Terus feeling-feeling ala princess.  Gedik  !!  Hari iolss outdoor ada 3 lagi pasangan photoshoot kat sini.  Korang yang nak kawen nanti boleh la berangan siap-siap nak outdoor kat sini.  Memang view dia cantik sangat-sangat.  Tak pecaya? Jom cekidaud....



See, betul tak cakap aku? Cantik sangat-sangat view kat sini.  Alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan.  Langsung tak hujan, Syukur sangat-sangat.  Kalo hujan tak dapat la nak outdoor kan?


Ish, apsal gambor ni masuk separuh pulak?  Malas aku nak edit dah...  pffff  !!!


Cahaya matahari suluh mata aku, terus tak dapat nak control cun.



Cantik kan tasik ni?  Tenang je... uolsss jangan lupa datang  shoot kat sini tau.


Melentik gitew bulu mata palsu aku. Muahahahaa, nasib baik la mekap tak buat hal.  Maintain je sampai habis outdoor.  Lega sangat-sangat.



Outdoor kami ditemani jejaka-jejaka hangat di pasaran.  Ni sume kengkawan Zery kat kampung.  Semua ikut kitorang pegi outdoor okeh.  Best dorang ni, tolong ajar kitorang posing.  Suruh buat ceni, centu, macam-macam.  Tolong jaga kain aku yang meleret-leret tu lagi, waaaaahhhhhh....  Bagus sangat.


Muka letih tapi still boleh bagi senyuman paling hot, muahahahaaa.....



Shoot ni best.  Cer tengok daun getah yang luruh tu.  Tanpa jejaka-jejaka hot ni tak mungkin kami akan dapat shoot gambo cantik ni.  Tenkiu olllssss, korang memang sporting sangat.


Main cak-cak lagi...


Baju Zery sebenarnya bukan baju ni.  Aku yang tukar untuk dimatchkan dengan baju aku.  Sebenarnya baju kami tema songket.  Tapi aku kan cerewet, taknak Zery pakai songket.  Tu yang tetiba dia pakai baju jenis nie, :)


Love is CINTA.  Korang ada gambor daun-daun getah bentuk love ni?  Tenkiu jejaka-jejaka hot sebab bertungkus lumus siapkan love ni untuk kami.  Suka, suka...  Nak framekan jadi besar lekat kat dinding rumah.  Hik3...


Gambar bertandang banyak yang control cun.  Sebab semalam time resepsi banyak yang gila-gila.  So hari ni kita control cun, sopan ala-ala gadis melayu gitewwww  !!!



Mengkuang Damn cantik !


Ni salah satu nice shoot yang aku suka.  Main tarik-tarik upih okeh.  Tak terlintas pun nak bergambar ceni.  Ni sume idea kengkawan Zery.  Spontan je time ni namak upih.  Terus dorang paksa duduk atas upih tu.  Aku on ajer, tak payah nak control-control sangat.  Ohsemmmmmmmm okeh  !!  Nak framekan jugak bagi besar-besar.


Sengaja tau buat muka centu. Huh  !!!!


Kitorang shoot sampai pukul 7.  Then kawan-kawan dia bawak pegi pantai untuk shoot time matahari terbenam.  Tapi takda rezeki, time otw tu hujan turun sangat-sangat lebat.  Makna apakah itu?  Hujan rahmat di malam pertama.  Muahahahhahaa...  Macam paham-paham je kan?  Opssssss, sensored statement. #malu#

Patut la  hari majlis tu panas sangat.  Rupanya hujan nak turun time malam yang penuh bermakna itewww.  Alhamdulillah Allah beri perlindungan dan merestui majlis kami tanpa sebarang halangan.  Terima kasih semuanya yang tak henti-henti bertungkus lumus untuk kami berdua.  Akhirnya, selesai sudah satu moment yang indah dalam hidup ini.

Doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga.  Bermulalah kehidupan kami berdua sebagai suami isteri.  Doakan yang terbaik untuk semuanya.  Amin ....

Fuhhhhhh... lega aih.  Akhirnya settle jugak aku update semua entry ni. Kemain lagi tangguh sampai berbulan-bulan lamanya. Muahahhaaa..  Semoga korang tak menyampah ye.  Bukan nak menunjuk-nunjuk, bukan nak syok sendiri.  Tapi hanya nak berkongsi cerita dengan semua.

Terima kasih kerana sudi membaca...

Luv, xoxo..

No comments:

Post a Comment