Saturday, November 1, 2014

Qaseh Adra Marissa Turn One


Happy Birthday sayang mama Qaseh Adra Marissa Binti Mohd Huzairi. Cepatnya masa berlalu, dah setahun pun awak. Eh, tup tup terus update pasal birthday Qaseh yang ke setahun. Mana citer pengalaman bersalin, berpantang, suka duka sepanjang membesarkan awak? Nampak sangat mama awak pemalas! Mihmihmih...

Aku skip ja dulu semua tu sebab banyak sangat benda nak di update. Tak tau nak citer yang mana dulu. Eh, ada orang kesah ke ko update ke tak? Pedulik apa aku, blog aku suka ati aku le khen.... Ni syok sendiri namanya... Kikikikiii

Ish, panjang pulak mukadimahnya.. Back to Qaseh Birthday. Qaseh lahir 20 Ogos 2013 tapi aku postpone celebrate on September. Sebab banyak sangat kenduri kawen kat kampung aku time-time cuti umum ni kan. Buat simple-simple ja panggil jiran tepi rumah and kawan-kawan sekolah.



Goodies bag DIY je nih. Beli kat DIY pastu print out je benda alah tu then staple kat atas plastic bag tu.  Hahaha, giler save bajet. Tak baik membazir amalan syaiton....


See...giler save bajet. Kikikikii.. Itu pun beli kat DIY jugak. Tema Hijau Pink okeh. Giler la siap bertema bagai. Very da over mama qaseh..


My lil doter, my heart, my soul, my love. You are everything sayang. Thank you Allah anugerahkan aku zuriat yang sempurna, bijak, dan sihat. Alhamdulillah...


Ni papa shoot pic malam-malam. Dah nak tido kot pakaikan balik qaseh cheongsam ni sebab siang tadi xsempat bergambar.  Kikikikiii.. memula ingatkan qaseh takut dengan mask tu. Dia usha jer papa pakai. Sekali dia pun nak rupanya. Terus sengih over tau!


Gigi kapak.. kikikikii...


Ikut muka sapa ni, mama ke papa? Tang hidung tu sah-sah la ikut mama. Jambu sangat...Muahaha


Sibuk susun hadiah. Alhamdulillah rezeki Qaseh...


Hi, nama saya Qaseh. Saya dah setahun.


Ramai cakap qaseh ikut muka papa. Anak papa sangat ni. Kalo ada papa dengan mama pun taknak. Fine... kamu tau tak malam-malam mama yang tukarkan lampin kamu? Buatkan kamu susu? Eh, papa pun buat jugak...Ke tak buat...Opssssss... Sori papa!!


Time ni papa suapkan qaseh krim kat kek tu. Terus muntah okeh. Satu yang aku perasan qaseh tak suka makanan yang lembik,licin and geli-geli. Kompem keluar balik apa yang ada dalam perut tu. Why qaseh why??


 Tenkiu Uncle Fizul buatkan Qaseh kek coklat yang super duper sedap ini. Sesapa area Penang nak order kek boleh contact Fizul. Sedap dan murah.


Menu simple-simple ja. Aku buat bihun sup mak aku buat mee kuah udang. Licin okeh walopun aku masak tak sedap. Kikikikii...


Puding laici, puding ais krim oreo, kek span and kek pisang. Puding tu aku buat sendiri tau. Terernya aku.... Hihihi


Gambar tetamu pun xsempat ambik. Busy melayan tak sempat bergambar. Tenkiu my skulmate Faz, Nurul, Nini, Amy, Zue yang sudi datang and bagi Qaseh hadiah. Tenkiu jugak kat Uncle Fizul, Auntie Liza (umi n abi darwisy), Uncle zaini and untie (ayah n ibu amsyar),asmah, kak sal, jiran-jiran, kawan-kawan papa. Terima Qaseh semuanya sudi datang.

Terima kasih semua... Ni sebahagian hadiah Qaseh hari tu. Hadiah Pakngah Yon, Auntie Shahana, maktok and auntie pija bagi takda dalam gambar. Kikikikiii. Alhamdulillah murah rezeki Qaseh...

To anak mama Qaseh, semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah, jadi orang yang bijak pandai dan dilindungi Allah selamanya. Inshaa Allah, amin. Mama and papa luv u much. Muahhhhh!!!

Thursday, October 9, 2014

:: Percutian Di Cameron Highland ~ Day 2...


Salam semua..

Baru nak start mengarang tetiba tengak ada stori ni kat draf. Sayang pulak kan tersadai je dia kat draf, moh le aku publishkan. Walopun dah bertahun-tahun ia berlalu... Ni sambungan entry Day 1 yang dolu-dolu tu... Nampak sangat blog ni dah bersawang...hihihi


Dah tak tahu nak citer cemana, layan gambar syok sendiri je la... Ni time muda-muda. Now dah jadi mak budak, badan pun dak nak sebesar badak dah... Wuaaaaa... 



Encik Zery sempat lagi wax tayar yer...




Rindu nak bercuti di Cameron lagi.. Inshaa Allah hujung tahun ni kalo xda aral sampai la nanti.  Bercuti bertiga pulak kali nie...Hihi, Syioknya....



Wif kak Ita...


Kita breakfast dulu yer...Tak silap aku time ni hujan renyai-renyai..





Wif waja Club Penang Family.... Rindu nak konvoi lagi...



Time muda mudi...kikiki



Cantik dan unik pokok-pokok kat Cameron nie... Geram betol tengok. Kompem tanam kat rumah tak hidup nih.




Ni bunga apa yer? Nak try tanam kat rumah la.. Agak-agak hidup x??




Rose !!!!!



Orange rose!!





Aku beli jugak pokok rose. Tapi sedih balik rumah seminggu dah mati. Hahahahaa




Cantikkan??











Waaaaa....besarnya labu nieeeeeeeeee...






Disebabkan tak pernah tengok pokok epal, so aku jadi jakun jap!









Wif love... Sori Qaseh, mama & papa tak bawa qaseh. Belum proses lagi time ni...hihi. Inshaa Allah nanti mama bawak kamu yer. Dah plan nak bercuti-cuti Malaysia. Dah lama tak bercuti rehatkan diri dari kesibukan. Ceeeewaaaahhhhh!!!




Petang tu bertolak balik. Memang pengalaman konvoi yang sangat menyeronokkan. Bila lagi Waja Club Penang nak buat konvoi yer????


Love, xoxo.

Friday, September 12, 2014

Im Back !!! Now sudah bertiga...


Salam 1 Malaysia uolllll...

Im back after 2 year, mihmihmih..  Gila berhabuk belog ni okeh. Bukan berhabuk, bersarang labah, labah beranak pinak dah nie... Memang teruk betol lah..

Mood nak update blog dah lama, since berpantang hari tu tapi iols is busy mama so terpaksa lupakan hajat ini seketika. Kikikiii... Now baru rasa nak berbelog semula. Insha Allah, every day I update yer... Jangan pecaya sangat, ntah2 diam terus centu ja... Hihi..

Now, iols sudah bertiga... Yeaaaa... Welkam my lil doter Qaseh Adra Marissa Binti Mohd Huzairi in da world, olso in ur mama belog. Nanti aku story lagi k.  Banyak benda nak share nie. Tunggu aku meresize gambar dulu yer. Banyak betul nak update.


 

Bye uols...

Love, xoxo..