Bersantai bersama-sama kengkawan Zery. Time ni nak pegi kenduri kawin rumah kawan Zery kat Semasa, Pa'an. Rumah dia kat Tikam Batu. Semua bawak family, seronok. Dapat kenal-kenal kawan baru. :)
Family Abg John, Abg Faizul, Apit semua datang. Seronok berkawan dengan dorang. Dorang semua dah ada anak. Bole share-share pasal family dengan dorang. Best !
Wif Naja, wife Apit. Aku dah anggap dia macam adik aku. Manja nih... Rumah dia cantik, pandai deco-deco. Aku mula kenal dia masa kenduri Ekin & Arip (yang pakai ray ban baju oren). Kitorang konvoi pegi beramai-ramai. Alhamdulillah sampai sekarang still berhubung walopun Zery dah tranfer pegi Penang. Dia muda 2 tahun dari aku, tapi anak dah besar. Untung kan?
Ni ha Pa'an... Bukan yang pengantin tu, tapi yang tengah-tengah tu ha. Bff Zery, baik btol dorang berdua. Zery sedih nak tranfer pegi KWSP Penang sebab Pa'an la. Sedih nak berjauhan dengan Pa'an...Kikikikii...
Lepas makan semua berkonvoi ke Pantai Merdeka. Tak jauh dah rumah Pa'an dengan Pantai Merdeka. Dorang siap planning lagi nak memancing. Semua kaki memancing dorang ni... Pantang ada masa ckit nak memancing. Last month dorang buat gathering pegi memancing kat pulau. Sedih iolsss tak dapat join. Padahal dah lama planning, sobsobsob. Takpe pasni kita plan lagi ye. :)
Family gathering...
Orang sibuk memancing dia sibuk nak bergambar... Laki sapa la tu kan?
Semua dah macam pemancing professional dah. Kemain lagi, pakai smart-smart pun still boleh layan memancing lagi.
Yeaaaaaa... Dapat ikan cenonet. Ok la tu kan... Tu pun Zery dah hepi senyum sampai ke telinga dah.
Teaser...
Kaum ibu yang sedang bergosip sambil menunggu si suami melepaskan gian untuk memancing. Hehe.. Itulah pengorbanan isteri ... Cewahhh !!
Dah penat bergosip kita bergambar pulak. Bergambar tak habis-habis. Iye la dah melepak sampai ke petang takkan nak bergosip jer. Habis semua topik dah bincang. Bosan kan.... Len la kalu datang berkelah ke, BBQ ke.. Kan best.
Ewahhhhhh....
Family Abg John... Comel kan anak-anak dorang? Geram aku tengok.
Si adik... comel sungguh. Nanti kalo auntie ada anak pompuan jadi menantu auntie tau. Kahkahkah... Verangan tak sudah.
Mereka kelihatan gembira bila dapat mengorat awek-awek cun yang sedang lalu-lalang... Over tau !!
Budak praktikal kat opis lama Zery... Syapit kami panggil dia. Sedang mencari jodoh nie.. sapa-sapa yang nak cari calon suami ke, calon menantu ke, boleh la add dia kat FB ya.. Jejaka terhangat di pasaran. Muahaha...
Disebabkan dia nak cari jodoh kita upload 1 lagi gambo dia...Hohoho.. Kat belakang tu permandangan Gunung Jerai ye.
Now time laki bini bergedikss pulak...
Lagi...
Dan lagi... Ok stop. Nanti orang menyampah. Muahaha...
Dua jejaka bujang...
Dan yang nie pun perasan bujang jugak... Oh, aku tak kesah pun. :p
Itu je la nak citer. Nanti kita citer pasal mekap artis ye. Orangnya comel sangat. Sesapa yang nak gunakan khidmat andaman untuk bertunang ke, nikah ke, kawin ke bolehlah contact beliau. nak tau sapa? Tungguuuuu....
Ok bye.
sweetnya!! seronok dpt spend time with our family kan :)
ReplyDeleteitu la...seronok sgt... hehe :)
ReplyDeletehensemnya.. yg bujan tue.. hehehe..
ReplyDeletehik...hik...kan? :)
Deletemsih ade kek0s0ngan lg ker? huahua...
ReplyDeletehehe..terhangat di pasaran nih...
Delete