Sapa tak penah pergi Cameron Highland? Ceh, apa punya bodoh soalan nih.. Opkos la sume penah pegi kan? Sejuk...nyaman... Wahhhhhh, indahnya duniaaaaaaa !! Overr tau ...
Lepas kawin, memang plan nak pegi Cameron dating-dating kat sana. Asyik keja jer, letih iolllsss tau. Nak jugak pergi bercuti hilangkan stress. Stress ok keje sekarang. Muahahahaa... Nak keje lain di tahun baru boleee??? :)
Plan punya plan langsung tak jadi pun. Sekali Waja Club buat konvoi, haruslah Zery nak join. Termakbul jugak la impian kami nak dating kat Cameron. Tak dapek dating berdua dating reramai pun jadi la.. Last aku sampai sini aku form 5 kot. Hoiiiiii, lamer giler tue. Dah ingat-ingat lupa dah Cameron Highland tu cemana. Muahahahaa..
Dah nama pun konvoi haruslah beramai-ramai. Pegi Sabtu semua kena berkumpul dekat Hentian Juru. Dah semuanya cukup barulah bertolak. Nasib baik dorang guna laluan baru Simpang Pulai. Kalu ikot Tapah mau muntah aku dibuatnya.
Jalan Simpang Pulai bole tahan. Takda la conner-conner sangat. Naik je bukit terus hujan. Memang bahaya sangat, nasib baik Zery pemandu berhemah. Kihkih... Hujan lebat okeh. Apsal la dorang ni pilih time hujan nak bercuti. Potong stim betul la... Huhu... Sepanjang jalan nak naik Cameron akan nampak pondok-pondok kecik orang asli berniaga kat tepi jalan. Ada petai, madu, macam-macam la.. tak singgah pun sebab hujan kan.
Sampai Cameron terus check in. Pastu kemas-kemas barang jap terus keluar makan. Laporr okeh hujan-hujan ni. Kita ke Orchid Food Corner. Harga sama ja dengan kat Penang. :)
Laki bini yang kelaparan tapi still boleh senyum lagi. Walopun hujan kami tetap hepi sebab semuanya selamat sampai. Alhamdulillah...
Menu kami petang tu.. Tomyam + telur dadar. Nie pun layan, dah la sejuk-sejuk time hujan. Pekena plak tomyam, adduhhhhhhhh.. Terangkat beb !!!
Zery yang konon-kononnya dalam kesejukkan. Asap keluar ikut mulut. Waaaaaaa cayalah sejuk giler Cameron. Padahal asap rokok. Sentap hati mak nak !!
Dah kenyang-kenyang layan plak strawberry coklat. Awwwww, dapdapdap !!!!
Semua dah kenyang dorang terus plan nak ke pasar malam yang famous amoss kat sini. Tak sabar aku dibuatnya sebab my opismate fara gitau sini ada nasi ayam murah yang dapdapdap. Yieeehaaaaa...
Dah sampai pasar malam haruslah posing-posing dulu khennn???
Ini kawan kiter, dia tumpang kete kiter.. Kete dorang rosak. Dorang datang sini naik Myvi sebab Waja dorang buat hal. Nama kawan kiter Liza, ala yang keje cikgu yang kiter citer ari tu tuuuuu... Husband dia keje JPJ tu...Ingat takkkk??? *pengsan*
Madu asli... Zery beli jugak 2 tiub. Madu baik untuk kesihatan tau.
Hye semua, saya sekarang berada di atas puncak Cameron Highland. Saya akan melaporkan berita terkini dari masa ke semasa. Terima kasih.
Olololoooo, omelnyerrrr-omelnyerrrrr bantal nieeee. Geram sangat kat sini. Rasa nak beli je semua. Tapi iollss datang sini bawak duit ciput, so takleh shoping sakan. Kena beli yang patut jer... Sapa suruh pegi time belum gaji kan. Padan Muka!!
Bunga segar Cameron Highland. Wahhhh sukanya aku. Kalo la aku dapat tanam bunga cecantik cenggini kat rumah kan best.
Kaktus pun cecantik okeh. Tak silap aku 6 pasu RM10 kot. Murahnyerrrrrr !!! Dah habis shoping-shoping sini terus balik ke apartment untuk rehatkan diri. takda shoping apa sangat pun kat sini, just beli strawberry, tea, pokok bunga, sayur, ntah apa lagi ntah aku pun dah lupa. Banyak sangat membelinya. Ikut hati mati okehhh.Semua aku nak beli. Sobsob..
Taraaaa... Kat sini ler konvoi kami bermalam. Desa Athurium Apartment ni luas okeh. Hanya RM230 untuk 1 hari. Best kan?
Dah macam kuarters polis dah aku tengok. Kaler lebih kurang kot. Dia ada banyak blok. Sesuai la untuk sesaper yang bercuti bersama family dan kengkawan. Kalo nak hanimun memang tak sesuai ok!
Apartment ni ada 3 bilik, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas. Memang berbaloi-baloi..
Ruang dapur. Semua ada, pinggan, mangkuk, cawan, periuk, semuanya ada. Senang nak masak. Beli sayur kat pasar malam balik masak jer. Tak payah susah-susah nak bawak dari rumah. Hehe..
Washing machine pun haadoooo...
Kat ruang tamu.. Kami stay dengan family kak ita. Aku penah story sapa kak ita before ni.
Luas kan? Air kat sini sejuk giler. Aku nak mandi pikir doploh kali. Sejukkkkkkk.. Aku main laplap jew... Muahahahaa. Air tak perlu masuk peti sejuk, ko letak je atas meja tu. Kejap lagi sejuk la. Untung orang sini, tak payah beli peti ais.. :)
Madu aku...
Malam tu kaum lelaki pergi melepak kat bilik yang pintu and lampu terpasang tu. Bertentang dengan bilik yang aku stay. Kami kaum pompuan bergosip sampai tertido. Tak sedar pukul bopa dorang balik bilik. Ngantuk sangat plus sejukkkkkk terlampau tido sampai tak hengattt dunia. Waaahhhhhhh, seronoknya Cameron Highland.
Gudnite semua... Jumpa lagi keesokan harinya...
Luv,xoxo..
syoknya miaa pi bercuti..
ReplyDeletewahhhh bestnyaaa jejalan... sukee..
ReplyDeletehttp://www.eachhitpay.com/?refcode=13979
ReplyDelete