Hye olss... Sekarang mood mengupdate blog sangatlah baik. Tambah plak ada geng yang kaki blogging iaitu Cik Nad and Azie. Setiap hari misti tanya, dah update blog ke belum? Pastu kalo dah update laju ja buka, pastu baca gelak-gelak. Azie la slalu jadi mangsa. Cian Azie, selalu kena gelak. Takpa-takpa satu hari nanti leh jadi blogger terkenal macam Hanis Zalikha, mana tau kan?Tak kena gelak lagi dah... :)
Takda story baru pun nak cerita. Disebabkan banyak story dulu-dulu yang belum diupdate, so kita buka citer basi je la... Banyak nak kongsi sebenarnya pas kawin ni. Nanti aku update one by one. Semoga korang tak menyampah dah la. Aku pedulik apa kan?
Now meh aku story pasal weekend aku laki bini. After kawin banyak dah berubah. Life 100% wif my hubby. Every weekend misti ada ja aktiviti. Seronok sebenarnya bercinta lepas kawin ni. Tambahan plak kalo uolss ada hobi yang sama dengan laki. Enjoy okeh !!
Nasib aku sangat baik dipertemukan dengan lelaki yang very understanding. Iolss ada hobi yang sama. Suka jenjalan, bergambar and semua aktiviti yang nak buat misti akan ngam dengan kami yang gila-gila ni. Best tau, baru la tak boring. Tenkiu sayang !!!
Tak silap aku ni kisah bulan 3 lepas. Time ni baru lepas birthday Zery. So aku ajak dia pegi Queensbay nak carik hadiah. Ingat nak candle lite dinner tapi tak sempat. So aku belanja makan kepci je la. Cian laki aku, celebrate makan kepci je... Nasib la dapat bini yang kedek, kehkehkeh...
Time ni aku kurus lagi. Aku pun tak tau bila badan aku start mengembang macam belon ni. Maklum la bahagia sangat, makan sampai tak hengat. Now baru nak terhegeh-hegeh nak diet, lupakan je la hasratmu itu Ayu. Memang takkan boleh punya... #nangis#
Happy birthday sayang.... Konon-konon time ni 21 March la eh... Tahun depan kita makan yang best-best tau. Tahun ni ekonomi meleset, so budget kena control. Papepun i love u so much lah. Semoga menjadi imam yang terbaik untuk ayang, panjang umur, dimurahkan rezeki, dan bahagia selamanya... hamboihhh !!!
Fared Kamell saya, ever and ever. Insyaallah...
Sebenarnya datang queensbay nak beli hadiah birthday Zery. Aku tak tau nak bagi apa. Sebab baru ja pas nikah. So tak tau nak bagi barang apa dah sebab semua dah bagi buat hantaran. Tanya Zery dia nak apa. Dia pun pening pikir apa yang dia nak. Last-last dia pilih jeans sebab jeans dia semua dah buruk katanya. Penat okeh pusing sini, dah la besar. Lenguh kaki iolss tau. Dah tu keluar lepak luar kejap sambil hero aku ni merokok. Hei, please stop it. Merokok merbahayakan kesihatan. Benci tau !!!!
Keboringan melanda.. Kaki pun boleh !!!
Pastu sambung balik pusing cari jeans. Dah dapat apa yang berkenan dihati teruskan lagi pusing-pusing sini. Sampailah aku ternampak My Swifheart ni. Oh, sukanya. Terus ajak Zery singgah sini nak bergambar. Nasib baik laki aku tau perangai buruk bini dia ni ha. Kat memana pun kamera kena on ya adik-adik. Layankan je la... Cantik kan Swift ni? Kebetulan polkadot sama dengan baju aku... Siap ada hello kitty lagi tu, gerammmmmm tauu !!!
Sapa lagi comel? Sapa cakap yang kiri lagi comel aku taknak kawan. Pfffff...
Ni je yang mampu bagi kat Zery, jeans dengan t-shirt. Lagipun laki aku tak cerewet. Asalkan aku ikhlas, kan, kan? Bertuah i noksss.... Nanti dah kaya aku bagi la hadiah mahal-mahal. Insyaallah kalu diizinkan Allah, aku akan hadiahkan hadiah yang paling indah untuk suami tersayang tahun depan. Mudah-mudahan Allah merestuinya, amin...
Kepada Incik suami, i lap u damn much. I really happy and enjoy with u. Thanks Allah gave me the best husband, the best man in my life.
#happybirthdaysweet26#
Luv,xoxo...
No comments:
Post a Comment