Time akad nikah aku decide nak outdoor kat kawasan sawah. Sebab permandangan sawah padi bagi aku sangat cantik. Sebelum bertunang lagi aku dah plan, kalo kawin nanti nak jugak outdoor kat sawah. Kebetulan time ni padi sedang menjadi, time resepsi orang dah menuai. Nasib aku memang baik, syiok !!!!!
Takda gambar cantik-cantik pun sebab outdoor sendiri-sendiri. Hehe... Sume ni kazen aku Fatin yang ambik, and diedit sendiri oleh aku and Zery. Boleh ler dari takda kan. Hewhew...
Sawah ni area Kampung Tok Bedur, sangat cantik. Tapi kalo area Kedah sana lagi cantik la kan. takpe la, kat sini pun bagi aku sudah cukup nice.
Tiap-tiap hari aku balik kerja lalu sini. Dan setiap hari jugak aku berdoa supaya aku sempat bergambar kat sini. Kang mesin dah ambik padi, tak sempat aku nak pose-pose... Sobbbb !!!
Tetiba jadi Budak Kampung Photography. Zery la tu, photographer bajet...hahhahahahahaa....
Bagi aku, moment penting time kita kawin patut diabadikan sebagai kenangan, tatapan anak dan cucu. Bukan selalu pun, sekali seumur hidup. Biar berhabis duit ckit bayar photographer. Asalkan hasilnya superb, berkualiti, dan puas hati. Tu yang penting. Lepas kawin orang nak tengok gambar kawin, so kena la cantik-cantik kan? Oh, mekap tu pun penting. Nanti aku story pasal mekap pulak.. Stay tune !!!
Untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja.
Kurus jugak la aku time ni kan? #pitam#
Hey semua, weolsss hepi sangat sebab impian kami untuk bergelar suami isteri sudah dimakbulkan. Syukur Alhamdulillah..... Walaupun usia perkenalan kami sangat singkat, apa yang penting persefahaman, kasih sayang, dan kesetiaan. Sudah jodoh khennn, bercinta lama-lama pun kalu bukan jodoh tak ke mana jugak. Now sangat hepi bercinta selepas kawin.
Suka pic ni, laki aku gagah dapat dukung aku. Hewhew... Tapi sekarang jangan harap, sebab aku dah berat macam gajah. Hahaha... Alangkah bahagianya kalau aku dapat kurus macam ni kan? Sobbbsssss....
Eleh, walaupun aku tak la gemuk sangat time ni Zery dah xlarat aku, tambah la sekarang kan? Oh, sadisnya.....
Tu je la yang aku nak share... Rasa syukur, happy semua ada. Melangkah pulang dengan azam dan semangat yang baru. Sekarang aku sudah bergelar isteri kepada Mohd Huzairi. Ya Allah tak dapat aku gambarkan perasaan hepi aku time nie. Macam dalam mimpi... Doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah dan dikurniakan anak-anak yang sihat, sempurna, comel, ececeee....
Sehingga kita ketemu lagi di segmen resepsi dan bertandang ya..... Bye.
Luv, xoxo..
No comments:
Post a Comment