Now meh kita sambung cuti-cuti Malaysia di hari kedua. Cemana tido di Colmar? Selesakah? Opkos sangat.... Korang nanti nak datang sini stay la Colmar ok. Memang berbaloi... Kalo nak berjimat ikut la cara iolss booked online.
Meh sini aku nak share satu story. Ni pasal booking la. Aku booked via online, then pihak Colmar akan reply di email. Then Zery pegi bank in payment tak silap aku time petang sehari sebelum nak kenduri rumah aku. Dia masukkan slip tu dalam jeans. Tau-tau je la kan bila nak kenduri memang sangat busy. Tambah plak kenduri kampung. Zery sangatlah busy uruskan macam-macam sebab dats day rumah dia pasang khemah. Then malam tu dia pegi masukkan seluar dalam washing machine and cuci. Baguskan?
Tengah-tengah malam tu time aku berinai, yela kan rumah aku time tu malam kenduri dia kol. Dia cakap "sayang slip payment yang booked bilik hotel tu dah hancur. B lupa ada dalam jeans, B nak sidai baru B perasan". Apakah perasaan anda ketika itu??
Menyiarap darah aku okeh. Dah la aku penat, dengan esoknya nak kenduri. Tambah pulak lagi satu masalah. Hoiiiiiii, tensi ai tau. Nasib baik aku diberikan kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin ini dugaan Allah.. memula tu aku hangin jugak la last-last aku cakap pada Zery, "Takpa la sayang, tak payah la pikir dulu. Esok lagi penting, kita lupakan dulu semua masalah. Lepas settle majlis dua-dua pihak baru kita pikir ok?".
Alhamdulillah after kenduri iolss kol balik Colmar and terangkan apa yang terjadi. Dorang check balik akaun memang ada transaksi. So iols pun sangat hepi.... Yeaaaaaaaa.... Uols semua jangan jadi macam kami tau. Hati-hati okeh !!
Bangun awal kemas barang semua. Sebab kami plan nak pegi Melaka. Tapi tak jadi pulak. Sobsob...
Zery perasan ala-ala David Beckham... Hukhukhuk...
Dah siap comei-comei turun makan dulu. Dapat vaucher breakfast free ya.
Nasik Lomak...
Perasan omputih kejap, so makan buah-buahan ye....
Oh, ini sangat sedap!
Jemput makan semua.. Ai diet so makan mee goreng ajo...
Buah hati saya !! Rambut belah tepi ya. Jangan main-main....
Waiter jadi mangsa kena ambik gambar....kihkihkih. Gila kejam....
Lepas makan kita keluar posing dulu sebelum pegi jenjalan... Omel tak, omel tak?
Colmar Tropicale Bukit Tinggi....
Pastu teruskan perjalanan ke Japanese Village... Tak jauh pun, dekat-dekat situ jugak.. Ingat nak pegi naik kuda tapi mahal okeh. Dah tu banyak pulak anjing, eeeeee scary tau.
Bagi ikan makan...
Kat rumah jepun...Comel je kan? Kiuttttt sangat lah !!
Aiyakkkk !!!!
Pas letih berjalan kat Japanese Village iloss pun check out. Takkan nak balik dah kot... Nak pegi Melaka tak jadi so kita ke KL dulu. Pegi rumah kawan Zery kat Batu Caves. So sebelum tu singgah lepak kejap kat Dataran merdeka untuk hilangkan penat.
Nak pegi Batu caves pun sesat. Maklumlah kami berdua dah lama tinggalkan KL. Tapi Zery kira ok lagi la, dia still ingat jalan-jalan kat sana. Aku semua dah lupa. Cuma ingat dari Midvalley ke Taman Seri Desa tempat aku stay dulu je. Muahahahhaa !!!!
Pas lepak sini baru iolss teruskan perjalanan ke Batu Caves. Tenkiu Keri and wife layan kami baik sangat. Rumah dorang sangat ohsem okeh. Tak sabar aku nak deco-deco rumah aku nanti centu. Hewhew...
Ingat nak stay KL dulu tapi macam malas pulak. Terus plan balik Penang. Sebelum tu singgah KL Sentral kejap jumpa kengkawan Zery. Kemain hapi lagi dia dapat jumpa geng. Aku ajak pegi jumpa kengkawan aku kat Ampang dia taknak pulak. Takpe-takpe...
Dalam pukul 5 lebih centu dah bertolak balik penang dah. Syukur Alhamdulillah selamat sampai di rumah pukul 12 lebih.. Pengalaman dan percutian yang indah bersama suami tersayang. Tenkiu dear to be my lovely hubby.. Tak bestnya lagi 2 hari dah nak kerja. Alangkah bestnya kalu dapat cuti lama-lama. :(
Papepun bermulalah kehidupan baru bergelar isteri. Dan sangat bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi setakat ini. Nanti aku stori lagi eh.. Syok kawin ni sebenarnya... Rasa disayangi, dilindungi, oh seronoknyaaaa....
Ok la, jumpa lagi ya. Kang ada pulak yang menyampah.
Bye..xoxo...
No comments:
Post a Comment