Bukit Tinggi, im coming.... Yes, finally sampai jugak aku tempat ni. Kemain lagi bercita-cita nak sampai sini. Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan aku untuk sampai ke sini. Bukan keseorangan, tapi berdua dengan suami tercinta. Wahhhhhh gitewwww mukadimahnyerrrrr ......
Sebelum kawin lagi aku plan time hanimun nak datang sini. Akhirnya tercapai jugak, yieehaaaaa !! Zery plan nak ke Langkawi, tapi taknak la sebab selalu dah pergi. Dia pun baru ja pegi sebelum iollsss nikah. Pastu plan nak ke Sabah, tapi cuti kawin iolss seminggu ja. Tak sempat okeh. Next time la pulak, time annivessary ke. Ok tak sayang?
Kat sini sangatlah privacy. Sangat sesuai untuk berbulan madu. Tenang, sejuk...wahwah.... Tak ramai orang sini. So sesuai sangatlah untuk berdua-duaan gitew. Ko nak buat apa pun takda orang nak pandang. Best kan? Baru la hanimun namanya....hewhew...
Kami pergi hari Khamis selepas settle semua majlis resepsi dan bertandang. Bertolak dari rumah pukul 7 lebih. Bawak bekal sandwich, kentang and sosej. Muahahahaha....
Singgah berehat kat RNR sekejap untu Zery melepaskan penat...
Iolsss dari tol Juru exit ke Tol Tanjung Malim/ Kuala Kubu Baru. Nak guna jalan short cut katanya.. Ni semua kawan Zery yang bagi petua suruh ikut jalan nie. Aku suruh ikut KL dia taknak... Fineee !!!
Tol semuanya berjumlah RM 34.30 ye adik-adik...
Akhirnya kami tersesat... Muahahahaha. So bertanyalah kepada orang ramai. Malu bertanya sesat jalan tau.
Perjalanan kami naik turun bukit ye. Sampai ke Genting nuh kami sampai. Kami plan lepas pegi Bukit Tinggi nak singgah Genting. Tapi tak sempat sebab iolsss terus turun pegi KL. Next time planning again ya !!
Dalam pukul 2 centu sampailah kami ke Destinasi Cinta. hewhew... Kita check in di Colmar Tropicale. Hotel kami booked awal, via online. Lagi murah okeh. Tak silap bilik yang kami dapat tak sampai RM 200 kot. Nak masuk sini kena beli tiket ye. Sorang RM12 tapi bila nak check out boleh redeem tiket ni. Tu pun kalau uolsss stay kat Colmar la... Best kan?
Meh kita singgah disini.. Bilik air dia ala-ala inggeris gitewww...
Bilik iolsssss.... Katil asing-asing, tapi kami cantumkan jadi satu. Dah kawin kan? Muahahah..
Luas sangat-sangat bilik ini. Berbaloi okeh..
Permandangan luar dari bilik kami. Sannnteeekkkkk sangat. Terus terasa macam kat Perancis.... Tak dapat pegi sana, sampai sini pun jadilah... Boleh verangaaannnnnn jugak !!
Sampai tu terus makan apa yang dibawa. Mandi, siap terus keluar bergambar... Itu la agenda sebenarnya nak datang sini. Kihkihkih...
Muka hepi sebab impian dah jadi kenyataan...
Suami tersayang pun turut hepi... Walaupun penat drive dari Penang, tapi still hepi. Tenkiu dear, luv u lah...
Perasan duk overseas kejap. Maklumlah jakun katakan...
Suka lettew...
Yang tak best pegi berdua sebab tak dapat nak bergambar berdua-duaan. Sobsob.. Tapi itu tak jadi masalah buat kami, sesaper je yang lintas, dialah yang akan menjadi mangsa. Muahahaha...
View depan Colmar Tropicale...
Lagi nice view malam-malam. Sebab lampunya cantik !
Amboi, perasan kat negara omputih ye?
Hye semua, kami sekarang berada di luar kawasan...
Penat pusing-pusing sini. Malam ada konsert kat sini. Tapi iolss tak tengok pun. Sebab letih perjalanan jauh kan? So malam ni nak berehat puas-puas. Jengjengjeng...
Sebelum tu meh kita layan game dulu...
Wow, mata raksasa....
Jom kita balik tido... Esok kita sambung jenjalan lagi yer... Gud nite semua. Selamat mimpi indah ya. Hewhew...
Entry bersambung, sila bersabar...kihkihkih...
Luv,xoxo...
awk, apa nama hotel yg korg duk kt bukit tinggi tu? teringin juge nk pergi tp buntu tak tau nk pilih hotel mana. huhu.
ReplyDeleteColmar Tropical, best hotel ni. Cuba awk try search kat on9, dapat murah. have a nice holiday ya dear... :)
ReplyDelete