Happy Birthday sayang mama Qaseh Adra Marissa Binti Mohd Huzairi. Cepatnya masa berlalu, dah setahun pun awak. Eh, tup tup terus update pasal birthday Qaseh yang ke setahun. Mana citer pengalaman bersalin, berpantang, suka duka sepanjang membesarkan awak? Nampak sangat mama awak pemalas! Mihmihmih...
Aku skip ja dulu semua tu sebab banyak sangat benda nak di update. Tak tau nak citer yang mana dulu. Eh, ada orang kesah ke ko update ke tak? Pedulik apa aku, blog aku suka ati aku le khen.... Ni syok sendiri namanya... Kikikikiii
Ish, panjang pulak mukadimahnya.. Back to Qaseh Birthday. Qaseh lahir 20 Ogos 2013 tapi aku postpone celebrate on September. Sebab banyak sangat kenduri kawen kat kampung aku time-time cuti umum ni kan. Buat simple-simple ja panggil jiran tepi rumah and kawan-kawan sekolah.
Goodies bag DIY je nih. Beli kat DIY pastu print out je benda alah tu then staple kat atas plastic bag tu. Hahaha, giler save bajet. Tak baik membazir amalan syaiton....
See...giler save bajet. Kikikikii.. Itu pun beli kat DIY jugak. Tema Hijau Pink okeh. Giler la siap bertema bagai. Very da over mama qaseh..
My lil doter, my heart, my soul, my love. You are everything sayang. Thank you Allah anugerahkan aku zuriat yang sempurna, bijak, dan sihat. Alhamdulillah...
Ni papa shoot pic malam-malam. Dah nak tido kot pakaikan balik qaseh cheongsam ni sebab siang tadi xsempat bergambar. Kikikikiii.. memula ingatkan qaseh takut dengan mask tu. Dia usha jer papa pakai. Sekali dia pun nak rupanya. Terus sengih over tau!
Gigi kapak.. kikikikii...
Ikut muka sapa ni, mama ke papa? Tang hidung tu sah-sah la ikut mama. Jambu sangat...Muahaha
Sibuk susun hadiah. Alhamdulillah rezeki Qaseh...
Hi, nama saya Qaseh. Saya dah setahun.
Ramai cakap qaseh ikut muka papa. Anak papa sangat ni. Kalo ada papa dengan mama pun taknak. Fine... kamu tau tak malam-malam mama yang tukarkan lampin kamu? Buatkan kamu susu? Eh, papa pun buat jugak...Ke tak buat...Opssssss... Sori papa!!
Time ni papa suapkan qaseh krim kat kek tu. Terus muntah okeh. Satu yang aku perasan qaseh tak suka makanan yang lembik,licin and geli-geli. Kompem keluar balik apa yang ada dalam perut tu. Why qaseh why??
Tenkiu Uncle Fizul buatkan Qaseh kek coklat yang super duper sedap ini. Sesapa area Penang nak order kek boleh contact Fizul. Sedap dan murah.
Menu simple-simple ja. Aku buat bihun sup mak aku buat mee kuah udang. Licin okeh walopun aku masak tak sedap. Kikikikii...
Puding laici, puding ais krim oreo, kek span and kek pisang. Puding tu aku buat sendiri tau. Terernya aku.... Hihihi
Gambar tetamu pun xsempat ambik. Busy melayan tak sempat bergambar. Tenkiu my skulmate Faz, Nurul, Nini, Amy, Zue yang sudi datang and bagi Qaseh hadiah. Tenkiu jugak kat Uncle Fizul, Auntie Liza (umi n abi darwisy), Uncle zaini and untie (ayah n ibu amsyar),asmah, kak sal, jiran-jiran, kawan-kawan papa. Terima Qaseh semuanya sudi datang.
To anak mama Qaseh, semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah, jadi orang yang bijak pandai dan dilindungi Allah selamanya. Inshaa Allah, amin. Mama and papa luv u much. Muahhhhh!!!
Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
ReplyDeleteHubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis