Yeahhhh, dah buat buku merah. Sapa yang pernah pregnant mesti familiar dengan buku merah. Buku merah ialah buku rekod kesihatan ibu mengandung. Alaaaa macam kita skolah dolu-dolu kan ada buku rekod exam. Kalu failed kompem tak tunjuk kat mak. Nanti kena marah. Kalu dapat A ja semua, kemain lagi overrrr nak tunjuk kat semua orang. :)
Aku daftar kat Klinik Kesihatan Tasek Gelugor. Dekat sikit dengan umah mertua. Kalu ikot alamat rumah mak aku, aku kena buat kat Klinik Desa Kampung Tok Bedur. So aku & Zery decide kat TG Town je la, boleh refer terus dengan doc. Kan lagi senang tu...Hewhew..
Alhamdulillah... 1st step to my baby. Hopefully sticker putih tu kekal sampai baby deliver, In shaa Allah. Takut sebenarnya nie, tapi buat-buat berani. Moga baby sihat, aku and baby selamat, amin. Eh tarikh due makin awal la, 25 Ogos la pulak. Tapi nurse tu cakap dia depend kepada scan. Nanti dah scan baru tau berapa usia baby sekarang. Tak sabarnya nak tengok baby dalam peyuuutttt. Baby, mama doakan baby sihat ye sayang.
Keluar rumah awal-awal pagi. Pukul 8 dah pegi tapi ramainya orang. Semua makcik-makcik nak pegi ambik ubat darah tinggi kencing manis. Nasib Zery teman. Dia kena dera pegi tanya cemana nak buat buku. Muahahaaa.. Nasib la papa... Kena berkorban, muahahaaa..
Pas isi borang semua ambik nombor. Kena bayar singgit, murah kan??? Then dapat la nombor, ha tu dia 1037. Lambat lagi yer...Kita tido dulu... :)
Time ni baru nombor 1007 kot. Heiiiiii, lambat lagi okehhhh.. Aku tunggu dari pukul 8 sampai pukul 11 lebih. Memang mengantuk lah. Aku paksa Zery sembang dengan aku sampai dia pun fedup. Dia nak keluar tunggu kat luar aku tak bagi. Sabar...sabar...
Nak buat buku merah kena ke unit pesakit luar. Tak silap aku kat sini aku jumpa MA je kot, dia tanya apa tujuan datang? Aku cakap la nak buat buku merah, then dia suruh pegi makmal buat pregnancy test. Then pegi la aku kencing, buat test semua pegi balik jumpa MA tu. Then MA tu pulak bagi plak nombor suruh aku ke unit ibu dan anak.
Dah ke unit ibu dan anak nurse panggil pulak. Check tinggi, berat, tekanan darah semua. Sambil-sambil tu dia isi buku merah then suruh aku baca and faham pasal kepentingan susu ibu. Zery kat mana bilik aku masuk dia pun akan masuk. Ohhhh mithalinya suami aku.. Terharu ai tau... Jangan anak sulung je centu ye sayang, nak semua anak pun centu jugak. Bolehhhh???? Amboiii, dah plan banyak anak tu. Hahahaaa..
Pastu kena pegi ambik darah. Wuaaaaa, part ni paling aku takut. Aku dah la takut jarum. Macam nak lari jer. Tapi disebabkan baby yang aku sayang, aku beranikan diri. Buat-buat berani, padahal dalam hati dupdupdup macam nak luruh jantung. Pastu nurse cakap nak ambik dua botol, lagi aku nak pengsan. Takuuiiitttnyreeeeee....
Aku paksa Zery masuk teman aku. Sebab dia penakut darah sebenarnya. Dia taknak masuk. Tak kira, kena paksa jugak, huhuhuu.. Nurse tanya anak sulung ke? Pastu dia panggil Zery skali terangkan sebab ujian darah ni untuk detect penyakit kelamin, tentukan jenis darah semua. Sembang punya sembang rupanya Zery kenal nurse ni, and nurse ni pun kenal my fil. Nurse baik sangat, layanan first class. Ramah, baik...memang terbaik la layanan kakitangan kerajaan sekarang. Hope akan kekal sampai bila-bila yer...
Nurse cucuk lengan kanan, then xjumpa urat. Zery dah lari jauh dah, jahat tau.Sempat lak tu snap pic aku. Takpe-takpe...Nurse suruh pandang tempat lain sebab aku kan penakut. Aku ingat sakit giler, rupanya ehhh, tak sakit pun. Cuma pedih cket je sebab x kena betul-betul urat. Then nurse cari urat kat belakang tapak tangan. Oh nooooo, i xrela ok. Situ adalah sakit. Aku cakap kat nurse, jap-jap meh aku cari dulu urat kat lengan kiri aku. Maklum la hitam sangat sampai urat pun xjumpa. Sobbbbb!!!!
Cari punya cari aku paksa nurse cucuk kat lengan aku. Nurse pun layan jerrr, banyak songeh betul aku ni. Alhamdulillah percubaan kedua berjaya. Takda la sakit sangat, tu pun aku takut nak mampus. Apa daaaa... Now aku dah x takut dah. Heheheee... Then dah siap amik darah kena berjalan pulak pegi hantar darah kat makmal. Then tunggu kejap dah dapat result pegi balik kat nurse yang buat buku tu.
Pastu nurse suruh baring kat katil, buka bra, baju semua. Check nenen perut semua. Syukur Alhamdulillah semuanya ok. HB pun ok, jangan turun dah la ye. Nak maintain je tau, takut sangat ni. Then semua dah settle, nurse bagi asid folik then suruh pegi jumpa doctor kat unit pesakit luar. Disebabkan ramai sangat aku pegi dulu check gigi. Doctor memang cun okeh, baik sangat-sangat. Layanan semuanya terbaik. Bagus, centu la government service. Aku bagi 5 bintang la untuk staff Klinik Kesihatan Tasek Gelugor. Hehe...
Dah settle check gigi tunggu turn then jumpa doc. Doc tak check pape pun just inform nanti akan buat scan. Hari ni belum buat lagi. Baiklahhhh....
Buku ni nurse bagi suruh Zery baca sebab dia ikut sangat aku pegi sana sini. Nurse nyampah kot tu yang bagi dia baca. Pastu dia ambik bawak balik.. Muahahahaaa..
Doc bagi tarikh 5hb ni buat scan. Semoga baby sihat ye sayang...
Pastu second check up 21 Feb nanti.. Eh sama dengan my mil kena pegi ambik ubat. Pegi dengan my mil je la...Muahahahaaa...
Dekat pukul 1 baru balik. Lapo okeh, terus my mil masak cepat-cepat. Sayang my mil lah.. Hehe.. Tak sabar nak tunggu 5hb ni, nak tengok baby. Doakan baby sihat yer... Terima kasih Ya Allah... Semoga Allah sentiasa lindungi aku dan bayi dalam kandungan ni. Amin..
Tunggu for the next check up pulak yer...
Luv,xoxo...